Pages

Friday, February 4, 2011

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI ISLAMIK


Syarat-syarat pertandingan
1)    Terbuka kepada semua pelajar KML.
2)    Puisi mestilah asli (ciptaan sendiri).
3)    Penyampaian puisi adalah 5-7 minit.
4)    Berpakaian formal.
5)    Peserta dibenarkan menggunakan bantuan alat muzik / minus one semasa mendeklamasikan puisi.
6)    Peserta perlu datang 15 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula.

PERTANDINGAN HAFAZAN


Syarat-syarat pertandingan
1)    Terbuka kepada semua pelajar muslim (lelaki dan perempuan).
2)    Giliiran peserta di tentukan melalui undian sebelum pertandingan bermula.
3)    Peserta di beri tiga pilihan soalan semasa peringkat saringan (surah-surah lazim bermula dari surah Ad-Dhuha).

4)    Hanya beberapa orang peserta yang mencapai kriteria tertentu akan di pilih ke peringkat akhir.
5)    Pada peringkat akhir, peserta akan di soal dengan surah-surah hafazan sewaktu SPM (contoh: Al-Luqman, Al-mukminun).
6)    Peserta di beri dua kali cubaan. Jika terlupa hafazan, hakim akan memberi bantuan.
7)    Maksud ayat-ayat hafazan akan disoal kepada peserta.
8)    Pemenenang akan di pilih berdasarkan kriteria berikut:
                      -fasoha     50%
                      -tajwid      30%
                     -lagu           10%
                     -maksud     10%
      9)  Pemenang akan di umumkan semasa malam penutupan.
   10)  Sebarang perubahan syarat pertandingan  tertakluk kepada penyelaras        program.
   11)  Keputusan hakim adalah muktamad.
                                        

PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1)    Pertandingan terbuka kepada semua pelajar KML.
2)    Pertandingan terdaoat dalam tiga bahasa (melayu,inggeris,arab).
3)    Tema berdasarkan ‘anugerah cinta ilahi’.
4)    Syarat-syarat ketika berpidato.

AKEDEMI TILAWAH AL-QURAN

Syarat AM
1)    Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang beragama islam.
2)    Peserta digalakan menghadiri sekurang-sekurangnya 15jam kelas quran yang bermula 01 Februari 2011.
3)    Peserta hendaklah mendaftar mengikut kategori yang telah di tetapkan.
4)    Peserta WAJIB menguasai terjemahan dan tafsir ayat yang baca.
5)    Pendaftaran dilakukan dengan perkhidmatan pesanan ringkas(SMS) bermula 24 januari 2011 sehingga 24 Februari 2011.
6)    Peserta yang bukan pelajar KML perlulah mendapatkan kebenaran daripada pengarah/pengetua/penyelia institusi yang berkaitan.
7)    Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

SYARAT PERTANDINGAN
1)                Surah yang akan dibaca oleh peserta akan di tetapkan.
2)                Peserta perlu mengikuti kelas quran terlebih dahulu.
3)                Peserta boleh membaca surah lain semasa pertandingan.
4)                Peserta hanya diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan bacaan.
5)                Peserta akan dikemukakan soalan tentang terjemahan dan tafsir ayat yang di baca.
6)                Peserta perlu mengalunkan sekurang-kurangnya satu lagu bagi pakej A.
7)                Loceng pertama akan dibunyikan menandakan bermulanya masa persembahan (1 kali).
8)                Lonceng kedua akan di bunyikan pada minit ke 4  sebagai penanda masa akan tamat.(2 kali)
9)           Lonceng ketiga akan di bunyikan pada minit terakhir sebagai
menandakan masa telah tamat(3 kali).
10)           Keputusan hakim adalah MUKTAMAD sebarang bantahan tidak akan di       layan.

PERTANDINGAN I-FESYEN



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1)    Terbuka kepada semua pelajar perempuan.
2)    Pakaian yang di peragakan hendaklah menutup aurat.
3)    Tema pakaian yang di peragakan adalah bebas.
4)    Satu soalan spontan akan di berikan kepada setiap peserta.
5)    Masa sesi soal jawab adalah tiga minit.
6)    Peragaan pakaian adalah secara individu.

PERTANDINGAN AZAN



Syarat-syarat pertandingan

1)    Terbuka kepada semua pelajar muslim lelaki.
2)    Setiap lajnah Surau Al-Irfan diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil.
3)    Memakai baju Melayu lengkap / dengan seluar slack.
4)    Hendaklah mendaftar sebelum pertandingan saringan di jalankan (sebelum 13/2/2011).
5)    Semua peserta akan menghadiri sesi saringan di surau Al-Irfan.
6)    Setiap peserta dinilai dari segi lagu, suara, tajwid (makhraj) dan kelantangan.