Pages

Friday, February 4, 2011

AKEDEMI TILAWAH AL-QURAN

Syarat AM
1)    Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang beragama islam.
2)    Peserta digalakan menghadiri sekurang-sekurangnya 15jam kelas quran yang bermula 01 Februari 2011.
3)    Peserta hendaklah mendaftar mengikut kategori yang telah di tetapkan.
4)    Peserta WAJIB menguasai terjemahan dan tafsir ayat yang baca.
5)    Pendaftaran dilakukan dengan perkhidmatan pesanan ringkas(SMS) bermula 24 januari 2011 sehingga 24 Februari 2011.
6)    Peserta yang bukan pelajar KML perlulah mendapatkan kebenaran daripada pengarah/pengetua/penyelia institusi yang berkaitan.
7)    Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

SYARAT PERTANDINGAN
1)                Surah yang akan dibaca oleh peserta akan di tetapkan.
2)                Peserta perlu mengikuti kelas quran terlebih dahulu.
3)                Peserta boleh membaca surah lain semasa pertandingan.
4)                Peserta hanya diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan bacaan.
5)                Peserta akan dikemukakan soalan tentang terjemahan dan tafsir ayat yang di baca.
6)                Peserta perlu mengalunkan sekurang-kurangnya satu lagu bagi pakej A.
7)                Loceng pertama akan dibunyikan menandakan bermulanya masa persembahan (1 kali).
8)                Lonceng kedua akan di bunyikan pada minit ke 4  sebagai penanda masa akan tamat.(2 kali)
9)           Lonceng ketiga akan di bunyikan pada minit terakhir sebagai
menandakan masa telah tamat(3 kali).
10)           Keputusan hakim adalah MUKTAMAD sebarang bantahan tidak akan di       layan.

No comments:

Post a Comment